Hanya Satu Persinggahan

作词:S. Amin Shahab

作曲:Wan Zul

所属专辑:Hanya Satu Persinggahan

歌词

@migu music@

Hanya Satu Persinggahan (只有一次中途停留) - Ekamatra

Written by:Wan Zul

Di sini kasih pernah berbunga

Tiada harum tiada warna

Di sini cinta pernah membara

Tanpa bahang dan tanpa apinya

Begini yang ku rasa

Hidup kita berdua

Di sini langit mendung selalu

Tiada cahaya menyinariku

Di sini aku tiada berdaya

Mengikut kata tanpa bicara

Kerana engkau tahu

Aku tidak sepadan denganmu

Hubungan kita suatu persinggahan

Bukan pengabadian yang rela

Pemergianku oh kerana terpaksa

Demi hidup yang lebih sempurna

Anggaplah kehadiranku

Hanya satu persinggahan

Aku tidak menjanjikan

Mahligai impian

Sebagaimana kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan

Daripada dekat penuh seksa

Biar berduka biar melara

Dari sengketa sepanjang masa

Janganlah engkau harapkan

Ku menghambakan diri

Nanti kau tahu ertinya sepi

Bagaikan pisau menghiris api

Nanti kau tahu ertinya rindu

Bagai tertusuk duri sembilu

Batin akan tersiksa

Jasad pasti merana olehnya

Hubungan kita suatu persinggahan

Bukan pengabadian yang rela

Pemergianku oh kerana terpaksa

Demi hidup yang lebih sempurna

展开