Gerenti Beres

作词:Edry

作曲:Edry

所属专辑:10 Di Skala Richter

歌词

@migu music@

Gerenti Beres - KRU

Written by:Edry

Mengantuk dah dengar ku cinta padamu

Bermodal kata manis mulut

Oh abang itu tak cukup

Jikalau kau mahu ku diserang angau

Harus kibarkanlah sedikit

Kipas berdaun wang ringgit

Usah susah payah panjang lebar celoteh

Kerana diri ini dah letih

Mendengar janji setinggi langit

Sedangkan pada mulanya saja beriya

Nanti dah jemu aku dibiar bingung kecewa

Bukan terlalu memilih

Dalam mencari kekasih

Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain

Sekurang kurangnya nanti

Punya hasil baru ku puas hati

Kau perlu buktikan dulu

Baru cintaku

Gerenti beres

Setampan Salman Khan pun aku tak hairan

Kau tak akan punya peluang

Jika akaun bank kering kontang

Andainya ada hati nak temu janji

Pastikan hotel bintang lima

Bukan warung kaki lima

Ramai dah gagal berbuah tangankan mawar

Itupun setahun sekali

Hanya pada hari kekasih

Mataku hanya akan silau kilauan permata

Selepas itu barulah diriku engkau empunya

Bukan terlalu memilih

Dalam mencari kekasih

Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain

Sekurang kurangnya nanti

Punya hasil baru ku puas hati

Kau perlu buktikan dulu

Baru cintaku

Gerenti beres

Ketika ditemuduga seluruh kerabat keluarga

Katakan kau seorang doktor majistret atau lawyer

Ahli muzik tak main satu sen pun tak laku

Jika diriku yang kau mahu

Pastikan rombongan keluarga dipenuhi hantaran

Dengan sebiji ferrari merah barulah kau nampak gah

Muka selipar jepun pun boleh jadi lawa

Kau buatku jatuh cinta

Bukan terlalu memilih

Dalam mencari kekasih

Hanya adat lelaki mereka pergi

Mencari lain

Pergi mencari lain

Sekurang kurangnya nanti

Punya hasil baru ku puas hati

Kau perlu buktikan dulu

Baru cintaku

Gerenti beres

展开