Kumpulan Fotograf merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga pertengahan dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Ditubuhkan pada 1987, kemunculan Fotograf sebagai artis rakaman di tengah-tengah kehangatan irama rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Mega, XPDC, Ekamatra, Gamma dan Ariwatan. Fotograf menghasilkan album pertama mereka berjudul Iramanya Menggetar pada tahun 1989. Kejayaan album itu membuka peluang kepada mereka untuk menghasilkan lima lagi album penuh iaitu 7:30 Psikosis (1990), Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).
Antara lagu yang mempopularkan mereka ialah Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, Di Alam Fana Cinta, Ke Pintu Kasihmu, Luka Seribu Rindu dan Janji Kasih.