Zaleha Hamid merupakan salah seorang penyanyi puiaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu diradio Malaysia.
Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.
Zaleha Hamid telah melibatkan diri dalam bidang nyanyian dari usia muda lagi. Dia juga sering membuat persembahan diiringi oleh kumpulan Orkes Zindegi. Beliau mencatatkan banyak rekod bersama band Orkes Zindegi dan amat popular pada tahun 1960-an dan 1970-an sebelum tampil sebagai artis solo dan merakamkan lagu yang bergenre tradisional Melayu dan dangdut. Antara lagu-lagu Zaleha Hamid yang masih diingati sehingga kini adalah ‘Jangan Kau Tangiskan’,’ Kerana Pengalaman’, ‘Kekasih di Tangan Orang’ dan banyak lagi.