Raja Ema binti Raja Ibrahim atau lebih terkenal sebagai Raja Ema (lahir 26 November 1968) adalah seorang penyanyi, pelakon dan model terkenal di Malaysia pada pertengahan 1980-an dan awal 1990-an. Lagu-lagu beliau cukup popular sekitar era 80an dan sering kali diputarkan di corong-corong radio, antara lagunya iaitu Jejaka Idaman, Pertemuan Ini, Kekasih Sepi, Angan-angan, Sebuah Catatan Remaja, Opps, Mentari Korea, Kebebasan dan Gelita Pandangan. Selain menyanyi, beliau juga merupakan seorang pelakon filem terkenal di era 80an duan awal 90an, antara filem lakonan beliau iaitu Sayang, Mawar Merah, Boss, Queen Control dan Cikgu Romantik. Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau juga telah berlakon sebanyak 7 filem di Indonesia. Ibunya Yusni Jaafar juga merupakan seorang pelakon.