歌词
@migu music@
Dalam Hati Siapa Tahu - SM Salim
Written by:Johari Salleh
Pisau seraut si dua tiga
Letak dipeti dalam perahu
Dalam laut boleh diduga
Dalam hati siapa yang tahu
Dalam laut boleh diduga
Dalam hati siapa yang tahu
Orang Renggam pulang ke Renggam
Hendak menyunting bunga kecubung
Orang diam disangka diam
Bagai gunting makan dihujung
Orang diam disangka diam
Bagai gunting makan dihujung
Anak Pengeran duduk dipeti
Duduk di pintu berdua dua
Sangat hairan di dalam hati
Biduk satu nakhoda dua
Sangat hairan di dalam hati
Biduk satu nakhoda dua
Pisau seraut si dua tiga
Letak dipeti dalam perahu
Dalam laut boleh diduga
Dalam hati siapa yang tahu
Dalam laut boleh diduga
Dalam hati siapa yang tahu
展开