Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros atau lebih dikenali sebagai S.M. Salim merupakan penyanyi Malaysia. Beliau di dianugerahkan pingat Darjah Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Aziz Shah sempena harijadi baginda ke-75 pada 2 Jun 2001.
Beliau merupakan seniman kedua selepas Allahyarham P. Ramlee bergelar Tan Sri. S.M. Salim mula bekerja sebagai juruhebah Radio Malaya (sekarang RTM) secara sambilan semenjak 1957. Pada masa sama dia dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu klasik (tradisional).Pada tahun 50-an, dia menganggotai kumpulan Irama Melayu (pimpinan Awalaudin), sebelum menyertai Orkestra Puspati (diketuai mendiang Alfonso Soliano). Tan Sri P Ramlee (Allahyarham) adalah antara orang yang banyak mempengaruhi kerjayanya sebagai anak seni.
Yusni Hamid adalah orang yang kerap berduet dengannya. Namun SM Salim pernah berduet dengan Zainal Abidin untuk lagu 'Satu', dan terbaru bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu 'Pandang Pandang, Jeling Jeling'